Thursday, September 2, 2010

Adab memotong kuku

 Ini adalah adab memotong kuku dalam islam. Bersama-sama kita mengamalkan Sunnah ini.


(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Wednesday, August 25, 2010

Keretapi tenom.

Tenom menpunyai sebuah stesyen keratapi yang terletak di belakang Bandar Tenom. Kita boleh ke Tenom dari Kota Kinabalu dengan menaiki Keretapi , Teksi atau bas. Keretapi Sabah adalah keretapi zaman British lagi.
  Ia adalah katogeri keretapi yang klasik. Laluan keretapi melalui perumahan penduduk kampung, jadi ia bergerak dengan perlahan sahaja. Jika ada penduduk ingin menaikinya mereka boleh menahan di pertengahan jalan keretapi.

Stesyen keretapi Tenom
.
.
.
.

Tamu Tenom

Tamu atau  Pasar sehari , terletak di belakang Pasar besar Tenom. Berbagai barangan keperluan dijual, yang popular ialah kopi. Terdapat kopi kasar dan kopi halus. Kita boleh melihat kopi dikisar di sini .



.
.
.
.
.

Melawat Tenom, SABAH.

Jun 2009 aku berpeluang berkunjung ke Tenom, Sabah. Ini bandar Tenom yang terletak 40 km dari Bandar
Keningau. Suasananya cukup tenang, tiada kesibukan kota. Penduduk tenom Terdiri dari kaum Murut, Kadazan-Dusun , Lundayeh dan Cina. Majoritinya adalah murut.
Add caption

Monday, August 23, 2010

Hari pertama membina blog.

9.00 pagi aku mula belajar membina blog. Kira okey. Tak la susah sangat.
Orang kata macam makan koci (susah sikit daripada kacang) je..
Tok guru aku kali ni ialah Cikgu Mior.
Baru belajar ni, mesti ada kesabaran, goreng sikit-sikit dan campur sikit album-album lama, baru boleh buat cerita. hentam ajelah.
Cikgu Mior
Blogger baru ..cita-cita jadi jutawan.